Selasa, 28 Oktober 2008
Benarkah Yesus Anak Allah? Bagian I
Benarkah Yesus Anak Allah? 1. Pengakuan Yesus yang tegas dan yakin. 2. Kelahiran Yesus oleh seorang anak dara. 3. Kebangkitan Yesus dari kematian. 4. Ketiadaan dosa Yesus. 5. Penetapan nubuat tentang Yesus. 6. Sifat ilahi pada diri Yesus. 7. Pengaruh istimewa Yesus di dunia. Siapakah Yesus itu sebenarnya? Dahulu kala ada yang mengatakan Dia itu Yohanes Pembabtis, ada pula yang mengatakan Dia itu Nabi Elia. Sekarang ada yang mengatakan Yesus itu ahli agama atau orang suci ataupun pembina masyarakat. Ada pula yang mengatakan Dia seorang nabi dan mereka selalu mendakwa bahawa Yesus bukanlah Kristus Anak Allah. Tetapi sebagai umat Kristian, kami mengisytiharkan dengan tegas dan tanpa ragu-ragu bahawa Yesus ialah Anak Allah yang hidup dan kita juga mengakui Dia sebagai satu-satunya Penyelamat manusia. Orang Kristian mengaku bahawa Yesus itu Anak Allah, bukan dengan iman yang membuta, tetapi berdasarkan banyak bukti. Antaranya adalah berikut : Hanya terdapat empat pilihan untuk identiti Yesus Kristus, sama ada Dia lagenda, pembohong, orang gila, ataupun Tuhan. Kemungkinan bahawa pernyataan Yesus hanya lagenda adalah tipis sekali. Masa tidak cukup untuk mengembangkan cerita lagenda bagi menggantikan apa yang benar-benar berlaku. Lebih-lebih lagi jika pernyataan Yesus itu adalah lagenda, para penentang agama Kristian pada zaman itu pasti mendakwa bahawa apa yang dinyatakan itu tidak pernah berlaku. Sebaliknya mereka bukan saja tidak menafikan bahawa Yesus sendiri membuat pernyataan itu, mereka memanggil-Nya pembohong. 1. Pengakuan Yesus yang tegas dan yakin. Yesus pernah bertanya kepada seorang buta yang telah disembuhkan-Nya, "Adakah engkau percaya kepada Anak Allah?" Orang itu menjawab dengan soalan, "Guru, siapakah Anak Allah itu supaya saya boleh percaya Dia?" Selepas mendengar penjelasan Yesus, orang itu sujud menyembah Yesus. Yesus telah berkali-kali menyebut diri-Nya Anak Allah. Terdapat 43 kali pengakuan Yesus yang ditulis di dalam Kitab Matius dan 114 kali di dalam Kitab Yohanes. Dia menyebut Allah itu Bapa, seperti anda menyebut ayah anda sendiri. Oleh sebab Yesus mengaku diri-Nya Anak Allah maka Dia disengsarakan dan dibunuh di atas kayu salib. Pada saat itu, Imam Agung bertanya kepada-Nya, "Demi nama Allah yang hidup, beritahu kamu! Adakah kamu Penyelamat yang diutus Allah, yaitu Anak Allah?" Yesus menjawab, "Demikianlah katamu. Tetapi Aku berkata kepada kamu semua : Tidak lama lagi kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah yang Maha Kuasa, serta datang di atas awan!" Lalu Iman Agung mengoyakkan jubahnya dan berkata, "Dia mengkufuri Allah! Kita tidak memerlukan saksi lagi. Kamu telah mendengar Dia mengkufuri Allah (Matius 26:63-65). Nyata sekali bahawa Imam Agung tidak percaya bahawa Yesus itu Anak Allah. Dia pula menganggap pengakuan Yesus itu adalah kata-kata penghinaan pengakuan Nama Allah. Itulah sebabnya Dia dijatuhkan hukuman mati. Namun dalam detik yang menentukan mati hidup-Nya itu, Yesus tetap berpegang teguh kepada pengakuan-Nya. Hal ini cukup membuktikan bahawa sesungguhnya Dia adalah Anak Allah. Pendiri agama yang manapun tidak berani mengaku dirinya sebagai Anak Allah. Walaupun antaranya ada yang mempunyai gelaran ilah tetapi itu hanya gelaran yang diperolehnya daripada pendukung-pendukungnya. Para nabi hanya mengaku diri mereka sebagai nabi dan rasul Allah. Namun Yesus dengan tegas dan tanpa mempedulikan keselamatan jiwa-Nya mengaku diri-Nya Anak Allah. Soal keperibadian Yesus tidak lari daripada salah satu kemungkinan di bawah ini. 1. Sesungguhnya Dialah Anak Allah. 2. Dia pembohong. 3. Dia mungkin orang gila. Yesus mengatakan bahawa Dialah Cahaya bagi dunia, Roti yang memberikan kehidupan, Jalan dan Kehidupan. Dia mengatakan bahawa orang tidak akan sampai kepada Allah kecuali melalui Dia. Dialah yang turun dari syurga, setara dengan Allah yang sudah ada sebelum alam semesta dijadikan. Daripada ucapan-ucapan itu, memang seakan-akan Dia mirip dengan orang gila kerana tiada orang lain yang mengucapkan kata-kata seperti itu, tetapi menghairankan adalah tiada orang lain yang mentertawakan Dia atau menduga-Nya sebagai orang gila. Bahkan ada ramai orang percaya bahawa Dia adalah Kristus. Andaikata Dia gila, para imam agung pun tidak akan mempedulikan kata-kata-Nya. Orang tidak akan berasa selesa dengan kata-kata orang gila dan tidak menyambutnya, tetapi kata-kata Yesus bukan sahaja mendapat sambutan malahan menggemparkan seluruh tanah Yahudi. Nyatalah bahawa Dia bukan orang gila yang suka menghamburkan kata-kata kosong. Adakah Dia itu pembohong? Mustahil seorang pembohong dapat mencelikan mata orang buta,menyembuhkan orang lumpuh, dan orang bisu, mentahirkan orang kusta, dan membangkitkan orang mati. Penipu mungkin menipu orang beberapa waktu lamanya, tetapi mustahil dia dapat menipu sampai ribuan tahun lamanya. Mungkin dia dapat menipu sebahagian orang, tetapi tidak mungkiu dapat menipu berjuta-juta orang yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa dan bahasa.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar