Kamis, 30 Oktober 2008
Benarkah Yesus itu Anak Allah? Bagian III
Sekiranya Maria melahirkan seorang bayi perempuan dan bukannya seorang bayi lelaki, tidaklah dia akan ditertawakan dan diejek oleh orang ramai? Ataupun setelah Yesus dilahirkan, Dia hanyalah seorang manusia biasa yang melakukan dosa seperti orang lain juga, maka tidakkah Yusuf sendiri akan mengejek dan mengatakan Dia seorang penipu? Ataupun, bayi itu benar-benar menjadi seorang pemuda yang sangat baik tetapi malangnya bukan Penyelamat manusia, hal itu juga akan menjadi sia-sia! Semua itu tidak berlaku kerana Allah menepati janji-Nya. Terpujilah Allah! Segalanya telah dibuktikan dalam masa Allah sendiri. Kandungan Maria ternyata seorang bayi lelaki. Apabila bayi itu membesar, segala perbuatan dan pekerjaan-Nya adalah tepat dan bersesuaian dengan apa yang telah dinubuatkan di dalam Alkitab. Tiada seorang pun yang dapat membantah kenyataan ini. Akhirnya, Yesus mati di atas kayu salib untuk menyelamatkan manusia daripada dosa mereka, seperti yang telah dirancangkan oleh Allah sendiri. Walau sedalam manapun perasaan malu seseorang itu, tidak mungkin dia akan berani mengatakan anak yang diperoleh dari perzinaan itu adalah Anak Allah. Dengan sebab-sebab inilah yang membuktikan bahawa Dia benar-benar Anak Allah. Ketiga, jika dilihat daripada sudut emosi ataupun fikiran manusia, Maria sebagai seorang ibu jasmani Yesus, sewaktu menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana anak kesayangannya diseksa di atas kayu salib, mampukah dia berdiri dengan tenang dan mengawal dirinya agar tidak merasa pilu? Meskipun pada masa itu hatinya hancur namun dia dapat mengawal perasaannya kerana dia tahu Yesus disalibkan kerana pengakuan-Nya yang mengatakan bahawa Dia Anak Allah yang tidak mempunyai bapa jasmani. Sejak mula lagi, Maria tahu akan hal tersebut. Andaikata Maria tahu bahawa Yesus dilahirkan bukan daripada Roh Allah, sudah tentu dia akan menjerit meminta bapa Yesus datang menolong Dia. Sekiranya Maria malu untuk melakukan hal demikian, dia boleh menghadap para imam dan para penguasa Roma untuk memohon pengampunan bagi pihak Yesus supaya Dia dibebaskan daripada hukuman. Walaupun demikian, Maria tidak melakukan hal tersebut. Tidak dinafikan bahwa hati Maria hancur, tetapi dia tetap berdiam diri kerana dia tahu Yesus ialah Anak Allah, dan tujuan utamanya Dia diutus oleh Allah adalah untuk mati di kayu salib dan mengalahkan Iblis sehingga manusia boleh memperoleh anugerah penyelamatan daripada Allah. Keempat, marilah kita meneliti kesaksian Doktor Lukas sendiri. Dia mengatakan bahawa Yesus dilahirkan oleg seorang anak dara dengan kuasa Roh Allah tanpa bapa jasmani. Hal ini diselidiki dengan cermat dan mengambil masa yang lama. Lukas seorang doktor yang hidup sezaman dengan Maria dan dia memang menyelidiki hal ini dengan sungguh-sungguh dalam jangka masa yang panjang. Sudah tentu penyelidikan nya itu adalah tepat; lebih tepat daripada tekaan orang yang hidup dua ribu tahun kemudian. Keempat-empat alasan yang telah disebut itu boleh membuktikan kebenaran bahawa Yesus memang dilahirkan oleh seorang gadis yang masih dara.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar