Rabu, 05 November 2008

Bagaimanakah saya dapat memiliki kesejahteraan?

Bagaimanakah saya dapat memiliki kesejahteraan? Mungkin sekarang juga anda berasa takut dan kecewa. Mungkin anda risau tentang pekerjaan anda, hubungan, kewangan atau anak-anak. Anda tidak sendirian. Hampir setiap orangpun ada masalah sedemikian. Walaupun anda percaya pada Tuhan -- sebagai orang Kristian -- anda tidak terkecuali dari keadaan ini. Masalah tidak akan hilang tiba-tiba dari hidup anda. Kesusahan menimpa semua orang. Tapi Yesus memberikan kekuatan dan damai sejahtera untuk menghadapi setiap kesusahan. Dia berkata, "kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang aku beri kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku beri kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut." (Yohanes 14:27). Yesus juga berkata dalam Alkitab, "Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu." (Matius 11:28).

Tidak ada komentar: