Sabtu, 01 November 2008
Ketiadaan dosa Yesus.
4. Ketiadaan dosa Yesus. Di dalam dunia ini, siapakah yang berani mengatakan dirinya tidak berdosa? Semua orang yang dianggap warak atau suci pun mengakui diri mereka berdosa. Yesus berkata di dalam Yohanes 8:46 "Siapakah antara kamu dapat membuktikan bahawa Aku berdosa? Jika Aku mengatakan apa yang benar, mengapa kamu tidak percaya kepada-Ku?" Sebelum Yesus disalibkan, Dia pernah diadili sebanyak enam kali. Di kalangan mereka adalah para pemimpin masyarakat Yahudi, para penguasa Roma, para imam dan guru Taurat, tetapi tiada satupun yang dapat membuktikan dosa yang telah dilakukan oleh Yesus. Pilatus, gabenor kerajaan Roma berkata tiga kali, "Aku tidak mendapat alasan apapun untuk menghukum Dia." Pilatus berhasrat membebaskan Yesus, tetapi karena hasutan orang Yahudi dan teriakan-teriakan mereka yang memohon agar Yesus disalibkan, Pilatus melihat bahawa kata-katanya sia-sia sahaja. Pilatus mengambil air lalu membasuh tangannya di hadapan orang ramai dan berkata, "Aku tidak bertanggungjawab terhadap kematian orang ini! Kamulah yang bertanggun jawab!" (Matius 27:24). Lalu ia menyerahkan Yesus untuk disalibkan. Dosa apakah yang telah dilakukan oleh Yesus sehingga Dia harus disalibkan? Orang Yahudi menuduh-Nya dengan alasan-alasan yang tidak mempunyai bukti. Mereka memberikan satu alasan sahaja yang difikirkan mereka dapat mengalahkan Yesus, iaitu dengan menggunakan Taurat Musa. Mereka berkata, "Pada kami ada satu hukum (Taurat), dan menurut hukum itu, Yesus wajib mati, kerana Dia mengatakan diri-Nya Anak Allah." Hukum Empayar Roma terkenal sebagai hukum yang adil tetapi Pilatus sendiri mengakui bahawa Yesus tidak bersalah. Sesungguhnya, hal ini membuktikan bahawa Yesus sempurna dan tidak berdosa. Seorang penyamun yang disalibkan bersama-sama Yesus pernah berkata, "Orang ini (Yesus) tidak mempunyai satu pun kesalahan." Penyamun itu mengenal Yesus sebagai Anak Allah dan meminta agar Yesus mengingati dia pada waktu Yesus diangkat kembali ke syurga. Kelakuan atau budi pekerti Yesus yang tidak berdosa itu merupakan dasar yang penting dalam kekristianan. Sekiranya budi pekerti-Nya sedikit tercemar, dasar kekristianan juga akan runtuh dan tidak berguna lagi. Golongan penentang Yesus berusaha mencari kekurangan-Nya dari segi budi pekerti tetapi mereka tidak berhasil. Semakin mereka menyelidiki sifat Yesus, semakin terserlah keunggulan akhlak-Nya sehingga ramai yang memuji dan menyembah Yesus. Dialah Penyelamat yang sejati. Jika Yesus sendiri orang berdosa, sudah pasti Dia tidak dapat menyelamatkan orang berdosa. Ketiadaan dosa Yesus adalah ciri-Nya sebagai Anak Allah yang sejati, bahkan merupakan syarat terpenting untuk seorang Penyelamat.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar