Minggu, 02 November 2008
Penetapan nubuat tentang Yesus.
5. Penetapan nubuat tentang Yesus. Beberapa ratus tahun sebelum Yesus dilahirkan ke dunia, peristiwa yang menggemparkan ini telah ditulis di dalam kitab Perjanjian Lama. Dengan jelas dinyatakan bahawa daripada bangsa Yahudi akan lahir seorang Penyelamat. Segala sikap, pekerjaan serta kematian-Nya ditulis dengan terperinci. Satu demi satu, semua nubuat ditepati atas diri Yesus sendiri tanpa sedikitpun yang meleset. Semua nubuat bermula dengan kelahiran-Nya oleh seorang anak dara, keturunan perempuan (Kejadian 3:15). Dia dilahirkan daripada suku Yehuda (Kejadian 49:13). Dia dikatakan masyhur dalam salasilah Daud (Yesaya 11:10). Dia dilahirkan di kota Betlehem (Mikha 5:2). Dia dihina serta dibenci (Yesaya 53:3). Dia mengasihi umat-Nya yang menderita (Yesaya 49:13). Dia dibenci tanpa alasan (Mazmur 69:4). Dia dikelilingi oleh orang jahat (Mazmur 22:12,13). Dia dihina dan dicaci oleh semua orang (Mazmur 22:7,8). Dia digelar orang berdosa kerana menanggung dosa manusia, serta berdoa untuk mereka (Yesaya 53:12). Jubah-Nya akan dibahagi-bahagikan (Mazmur 22:19). Dia minum cuka yang diberikan oleh mereka (Mazmur 69:22). Dia dikubur di dalam makam orang kaya (Yesaya 53:9). Dia menyerahkan nyawa-Nya sebagai korban bagi pengampunan dosa semua manusia (Yesaya 52:10). Dia akan disanjung tinggi (Yesaya 52:13). Semua nubuat itu telah terlaksana atas diri Yesus. Siapakah yang boleh melukis lakaran rupa seseorang yang belum dilahirkan dan apabila dia telah dilahirkan lakaran tersebut sama dengan rupa orang itu? Lihatlah pengasas-pengasas agama yang lain, siapakah yang boleh bernubuat bagi mereka sebelum mereka dilahirkan? Nubuat yang berkaitan dengan diri Yesus telah melibatkan 20 orang nabi. Mereka belum pernah melihat Yesus, tetapi berpandukan wahyu daripada Allah, mereka dapat menulis serta memberikan gambaran dengan jelas tentang Penyelamat yang akan dilahirkan. Mereka tidak dilahirkan dalam zaman atau generasi yang sama, malah mereka menetap di negeri yang berlainan. Tidak mungkin mereka saling membantu ketika menulis nubuat itu. Oleh itu, mereka bukanlah orang yang harus dicurigai. Nubuat itu berlaku setelah Yesus dilahirkan kerana bahagian di dalam kitab Perjanjian Lama ditulis 400 tahun sebelum Yesus dilahirkan di kota Betlehem. Justeru itu, nabi-nabi di dalam Perjanjian Lama bersama dengan para rasul Perjanjian Baru tidak mungkin dapat bekerjasama. Oleh sebab itu, semua nubuat yang telah ditepati itu membuktikan bahawa Yesus benar-benar Anak Allah.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar