Senin, 03 November 2008

Pengaruh istimewa Yesus di dunia.

7. Pengaruh istimewa Yesus di dunia. Yesus dilahirkan dan dibesarkan di kalangan keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mendapat pendidikan akademik di sekolah. Dia tidak pernah berhijrah ke tempat-tempat yang jauh. Dia bukan seorang yang kaya dan berpangkat besar. Yesus meninggal dunia sewaktu berusia 33 tahun. Secara logik, Yesus tidak mungkin mempunyai pengaruh yang besar terhadap umat manusia. Tetapi sewaktu Dia dilahirkan, para gembala telah melihat petanda Ilahi. Beberapa orang ahli kaji bintang dari timur datang ke Yerusalem kerana ingin menyembah Yesus. Raja Herodes terkejut dan risau kerana seorang raja telah dilahirkan. Semua orang menjadi cemas kerana Dia. Kelahiran-Nya diberitakan oleh para malaikat dari syurga. Semua ini membuktikan bahawa kelahiran Yesus mempunyai hubungan khas dengan semua bangsa di dunia. Hari atau tahun kelahiran Yesus menjadi ukuran pengiraan tahun bagi kebanyakan negara di dunia. Sekiranya tahun ini tahun 2000, bererti sekarang sudah berlalu dua ribu tahun sejak kelahiran Yesus iaitu Tahun Masihi. Kita dapat menyaksikan pengaruh Yesus terhadap beberapa kepercayaan manusia di dunia. Sejak dua ribu tahun yang lalu sehingga hari ini, semakin ramai orang percaya kepada Yesus. Di kalangan tiga orang, terdapat satu orang yang percaya Yesus. Sepanjang abad kedua puluh, tidak diketahui berapa banyak kerajaan atau negara dan tokoh yang sudah berlalu. Banyak ideologi telah lenyap tanpa jejak. Begitu juga para pahlawan serta orang ternama, sudah mula dilupakan. Tetapi hal ini tidak berlaku terhadap Yesus. Semakin lama, Dia mendapat penghargaan dan penghormatan daripada seluruh dunia bahkan di kalangan orang yang tidak percaya pun Dia diakui sebagai Yang Maha Agung dalam sejarah umat manusia. Hati Yesus yang penuh kasih, keadilan-Nya, kesucian-Nya, serta pengorbanan-Nya telah dipuji dan disanjung tinggi oleh semua orang yang mengenali Dia, khasnya di kalangan orang yang sungguh-sungguh percaya dan mengasihi Yesus. Ramai di kalangan mereka yang sanggup mengorbankan harta, kedudukan dan diri sendiri kerana kasih akan Yesus. Siapakan pemimpin yang mempunyai ramai pengikut yang benar-benar mencintai Tuhan mereka selain Yesus? Siapakah yang mempunyai pengaruh yang kuat selain Yesus? Di mana pun nama Yesus diberitakan, maka perubahan pasti berlaku di tempat tersebut. Segala kepercayaan terhadap ilmu sihir atau tahayul dan adat-istiadat yang tidak baik sudah lenyap. Perkara ini diganti dengan usaha pembangunan dari segi sosial dan kesejahteraan manusia. Kenyataan pengaruh Kristian terhadap masyarakat seperti ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun! Beribu-ribu orang pemabuk, orang jalanan dan orang jahat yang tidak bermoral telah berubah cara hidup mereka kerana Yesus. Hati yang luka dan merana telah mendapat penghiburan daripada Yesus. Orang sakit juga disembuhkan dan yang miskin diberkati-Nya. Orang jahat sekalipun diubah-Nya menjadi baik. Alangkah besarnya pengaruh Yesus!

Tidak ada komentar: